Wednesday, December 25, 2013

<script type="text/javascript" language="JavaScript" src="http://surah.my/51/60.js"></script>

Tuesday, October 15, 2013

Morha 2013

Jika diambilkira pelancaran pertama web www.morhabshi.com, sudah hampir 10 tahun lah Minyak Morhabshi dipasarkan secara lebih terbuka.

Namun produk ini telah berada di tangan saya sejak 1997 iaitu apabila saya berpindah ke Melaka.

Tanpa perlu mengulang catatan sebelum ini, saya fikir dengan logo serta pembungkusan baru Morha pada Mac 2013, buah tangan SIRIM dan MARA ini mampu membuka dimensi baru minyak morhabshi.

Cuma, saya perlu bergerak lebih proaktif!

Justeru mulai September 2013 saya mengambil keputusan nekad meninggalkan profesyen perguruan dengan gred DG44 bagi memberi tumpuan 100% pada syarikat yang saya terajui ini.

Untuk makluman, DG44 memberi saya pendapatan tidak kurang RM5000 setiap bulan!

MENUKAR MORHABSHI MENJADI MORHA

Perkataan Morha bukan sahaja diambil daripada morhabshi bahkan morha adalah sebutan lain bagi morhabshi.

Saya fikir Morha tidak harus berhenti setakat satu produk sahaja. Malah saya telah memulakan dengan beberapa produk seperti kapsul tongkat ali, safron, minyak habbatussauda, serta produk terbaru iaitu Haruman Klasik Morhabshi yang kini mempunyai 25 jenis bauan.

Sebenarnya saya mempunyai impian yang lebih besar dari itu. Pertambahan item produk bukanlah satu-satunya cita-cita saya. Saya mengimpikan sebuah konglomerat atau konsortium di bawah jenama Morha!

MORHA GROUP

Setakat ini saya telah mengasingkan syarikat induk menjadi dua bahagian iaitu syarikat Morhabshi sebagai tunggak pengeluaran dan syarikat Morha Marketing dikhususkan pada pemasaran.

Saya masih memegang jawatan pengurus Morhabshi di samping menjadi Pengarah Urusan manakala Morha Marketing di bawah Encik Othman Bakri selaku pengurus. Dalam masa terdekat saya akan melantik Azhar sebagai Pengurus Morhabshi (production).

Sebagai langkah awal perluasan perniagaan saya telah menubuhkan syarikat Morha Bakery & Cafe dan pada 26 Ogos 2013 sebuah restauren telah dibuka dan kini sedang beroperasi dengan baik.

Saya meletakkan harapan agar cafe yang terletak di Melaka ini akan menjadi model pada rangkaian cafe Morha di tempat lain pula.

MEMBINA KEJAYAAN BERSAMA

Penubuhan beberapa syarikat bagi membentuk sebuah konglomerat bukan lah usaha membina empayar peribadi untuk dibangga-bangga sebaliknya ia satu kaedah bagi membalas budi semua pihak yang telah menyokong segala usaha saya selama ini.

Ini adalah usaha membina kejayaan bersama!

Lihat pula KOPERASI MORHA BERHAD